Bagi Kategori Isu Semasa, Berita Semasa akan memuatkan laporan & kupasan isu semasa terkini yang “SEDANG MELETUP” di Malaysia. Ayuh, anda diberikan ruang seluas-luasnya untuk sertai perbincangan hangat bersama pembaca Berita Semasa yang lain di ketegori ISU SEMASA ini supaya menjadi diskusi yang lebih segar & berilmiah tanpa disekat kebebasan hak mereka bersuara.
NOTA : Walaubagaimanapun, bagi isu semasa melibatkan kategori “Pendidikan, Automotif, Sukan & juga Ekonomi Malaysia” tidak dimuatkan di sini & diletakkan di kategori yang telah dikhaskan. Harap maklum..
SELASA, 9 DISEMBER 2014 @ 9:58 PM
Serpihan MH17 tiba di Belanda
![]() |
| KONVOI Trak membawa serpihan bangkai Pesawat MH17 memasuki Belanda |
KUALA LUMPUR : Konvoi lapan trak membawa serpihan pesawat Malaysia Airlines MH17 tiba di pangkalan tentera udara Belanda di Gilze-Rijen, selatan negara itu, hari ini.
Bangkai pesawat berkenaan akan disusun semula oleh penyiasat sebagai sebahagian daripada proses siasatan tragedi 17 Julai itu.
Menurut laman portal Penyiaran Kebangsaan Belanda (NOS), ketibaan trak berkenaan disambut kira-kira 50 waris keluarga mangsa yang menanti di satu ruang khas di pangkalan tentera itu.
Menurut laporan itu, penyiasat kelihatan cuba mencantum ekor dan bahagian dalam kokpit pesawat itu bagi mengetahui dengan lebih lanjut mengenai punca pesawat itu terhempas.
Bahagian pesawat terbabit juga akan dirakam, diimbas serta dikelaskan dalam masa terdekat dan bermula tahun depan, pembinaan semula bangkai itu akan dimulakan.
Menurut laporan itu, tiada sambutan atau istiadat khas seperti ketibaan jenazah sebelum ini dibuat dan saudara terdekat juga tidak berada di lokasi ketika bangkai pesawat di trak berkenaan dibuka.
Terdahulu, konvoi lapan trak itu diiringi anggota polis.
Pada 17 Julai lalu, pesawat Boeing 777 yang membawa 298 penumpang dan anak kapal dari Amsterdam ke Kuala Lumpur terhempas selepas dipercayai ditembak jatuh di Donetsk, timur Ukraine.
Piala AFF: Dollah harus rombak benteng temu Vietnam
KUALA LUMPUR: Jurulatih skuad Harimau Malaya, Dollah Salleh perlu merombak benteng pertahanan pada aksi separuh akhir kedua Piala AFF Suzuki 2014 menentang Vietnam di Stadium Nasional My Dinh, Hanoi, Vietnam, Khamis ini.
Bekas pemain tengah kebangsaan era 70-an, Bakri Ibni berkata kelonggaran di barisan pertahanan negara pada aksi pertama di Stadium Shah Alam, Ahad lalu menjadi punca kekalahan Malaysia 1-2 kepada Vietnam.
"Pada aksi di Shah Alam, saya lihat pemain pertahanan kita kerap meninggalkan posisi mereka membantu bahagian tengah ketika menyerang kubu Vietnam sehingga hanya tinggal dua pemain pertahanan.
"Ini memudahkan lawan melakukan serangan mengejut menerusi corak permainan pantas. Saya harap Dollah dapat memperbaiki kelemahan di bahagian pertahanan pada aksi di hanoi "Penyerang lawan mempunyai larian pantas ketika serangan balas," kata Bakri yang juga bekas pemain Perlis.
Beliau ditemui pemberita selepas majlis pelancaran edisi kedua Kejohanan Bola Sepak Bawah 19 Tahun Piala 1Malaysia anjuran Yayasan Rakyat 1Malaysia (YR1M), di sini, hari ini.
Bekas pengendali pasukan Perlis dari 1981 hingga 1983 itu turut bimbang moral skuad Harimau Malaya, terjejas pada aksi timbal balik berikutan tindakan liar segelintir penyokong negara menyerang penyokong Vietnam pada aksi di Shah Alam kerana tidak dapat menerima kekalahan tersebut.
Pandangan Bakri turut disokong bekas Penolong Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Peter Velappan yang menggesa Dollah agar memperkuatkan benteng pertahanan pada aksi Khamis ini.
Beliau berkata adalah penting bagi jurulatih Harimau Malaya itu merombak barisan pertahanan negara untuk mengekang asakan pasukan Vietnam yang diketuai Nguyen Van Quyet.
"Saya boleh katakan gaya permainan Vietnam seperti Jerman (juara Piala Dunia 2014). Mereka sering mengucar-kacirkan barisan pertahanan seperti dipamerkan pada separuh akhir pertama lalu.
"Dollah perlu mencari cara terbaik untuk mengekang situasi ini," kata Velappan yang juga bekas Setiausaha Agung Konfederasi Bola Sepak Asia. - BERNAMA


No comments:
Post a Comment