Tuesday, 9 December 2014

Bismillah...

      
"kita tidak mampu mengulangi sejarah tapi kita mampu mencipta sejarah"

         Sejarah adalah suatu unsur yang penting terhadap manusia, apatah lagi seluruh manusia mempunyai sejarah masing-masing, atau dalam kata lain sejarah adalah masa lalu seseorang manusia, tidak kira ia menerangkan kebaikan seseorang atau keburukan manusia itu. Semenjak kecil lagi kita diperkenalkan akan pelajaran sejarah, sama ada sejarah yang berkaitan dengan negara, agama, mahupun keturunan dan keluarga. Artikel ini menerangkan segala-galanya tentang sejarah, marilah kita menelusuri jalan-jalan ini kearah memahami tentang sejarah itu sendiri, kerana ia memainkan peranan yang tersendiri dalam proses pergerakan sejarah manusia itu sendiri. Selain itu, manusia cenderung untuk mengenal dirinya selepas menempuh kehidupan yang penuh pancaroba sama ada dipenuhi kenangan pahit atau kenangan manis. Malahan, dengan meneliti sejarah hidupnya, timbul kepuasan emosi yang dapat memacu masa depannya agar lebih gemilang. Ini berlaku kerana sejarah adalah suatu proses yang bersambung dan mempengaruhi satu sama lain, sama ada masa lalu, masa kini dan masa depannya..Semua ini adalah hasil usaha yang berterusan lalu menjadi pendorong kejayaan seseorang itu, atau natijah kejahatannya yang berterusan, menjadikannya menjalani hidup yang sengsara seperti hari ini. 

Falsafah Pendidikan Kebangsaan     


"Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara."

Monday, 1 December 2014

Bismillah...

welcome to my blog

1 December 2014

Assalamualaikum.. Firstly saya ingin mengucapkan rasa Syukur ke Hadrat Ilahi diatas limpah kurnianNYA. Terima kasih saya ucapkan kepada kedua ibu bapa saya kerana membesarkan saya sehingga berjaya melangkah ke Universiti dan tak lupa juga kepada pensyarah MTE yang telah banyak memberi tunjuk ajar dalam penghasilan blog ini. Blog ini saya hasilkan bagi menyempurnakan tugasan MTE 3012 memenuhi sukatan kursus yang telah ditetapkan oleh Universiti Pendidikan Sultan Idris bagi semester 1 2014/2015.